Monday, 22 May 2017

Mencari Medical Card Terbaik?

Fahamkan 5 Perkara Ini

Cover ke tak cover? Boleh claim tak?

Bagi yang berkemampuan, mungkin Medical Card ini sudahpun di‘cover’ oleh Pelan Takaful anda. Tapi, ada sesetengah orang belum ada Medical Card sendiri sebab belum ada keperluan. Mungkin ianya ditanggung oleh majikan. Atau anda selama ini memang lebih suka pergi ke Hospital Kerajaan kerana anda dapat keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan. Tapi bila melibatkan anak-anak, barulah berasa perlu untuk ada Medical Card ini.

Jadi, Medical Card yang mana terbaik di pasaran?

Medical Card yang patuh syariah seperti PruBSN Takaful, AIA Public Takaful, Great Eastern Takaful, AmmetLife Takaful, Zurich Takaful dan banyak lagi.

Kalau ditanya pada ejen takaful, sah-sah akan kata syarikat takaful dia yang terbaik. Melainkan ejen tersebut betul-betul jujur dan prihatin terhadap keperluan anda. Oleh itu, penting untuk kita sendiri mengenalpasti faktor yang perlu dipertimbangkan selain harganya.

5 Perkara Kena Faham Supaya Tak ‘Tertipu’ Dengan Medical Card

1. Jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?

Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage).

Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.

Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang suka sebut angka yang besar-besar.

“Bro, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”

Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM100,000 dan kalau kita jatuh sakit, bila habis saja had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM400,000.

2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?

Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.

Co-Payment pula ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.

Teliti terma dan syarat dalam Medical Card sama ada ianya menawarkan pelan yang ada co-payment. Walaupun harganya nampak murah, tapi ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.

Jadi, kalau masa kecemasan tak bawa cash, susahlah. Tapi, kalau anda rasa lebih jimat begitu, terpulang.

3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?

Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.

Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.

Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.

4. Harga Hospital / Wad

Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.


Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?

5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap

Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.

Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata lain, tak salah untuk mereka ‘lepaskan diri’!

Tiada Istilah Medical Card Terbaik

Maaf, tiada istilah Medical Card terbaik, tetapi yang ada adalah “paling sesuai”.

Jadi kalau sudah ada Medical Card, buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover.

Jangan asyik bertangguh, sebab Medical Card biasanya akan kecualikan coverage untuk sakit yang dah ada dalam rekod kita selama 5 tahun kebelakangan – tak kiralah rekod pada hospital kerajaan, hospital swasta, atau klinik.

Jadi sebaiknya Medical Card ini diambil semasa umur muda sebab bayaran premium bulanannya murah. Harganya tak akan berubah walaupun harga semasanya dah naik banyak kali bila umur kita semakin meningkat. Maksudnya, lagi awal kita mula, lagi murah kita bayar. Barulah jimat!

Benda Tengah Viral..!!

Ko-Takaful dan Full Coverage
- Kedua-dua pelan ini boleh didapati di GETB.
- Yang terbaik ialah yang sesuai dengan bajet anda. Kalau bajet sebulan RM150 tetapi nak pelan full coverage R&B300 tak dapatla.

Medical Card Guaranteed Renewal
- Confirm auto renewal di GETB sebab memang dah ada experience untuk kes barah otak.
- Pastikan pelan medical card anda ada waiver. Pembantu ketika anda tidak mampu bekerja.

Had Tahunan dan Seumur Hidup
- Had Tahunan banyak pilihan di GETB. Selalu saya bagi RM1.32 Juta dan UNLIMITED Seumur Hidup.

Had Harga Bilik
- Bilik di Lembah Kelang kalau RM200 sehari tu dah gayat sebenarnya. Tetapi setakat yang Rizkee handle kes, had sebegini masih boleh duduk dengan selesa. 1 bilik 2 orang pesakit.
- Had bilik naik 10% setiap 3 tahun walaupun ada sejarah tuntutan.

Portfolio Withdrawal Condition
- Pada 1 Dec 2016, GETB telah mengeluarkannya dari pelan 'investment link' medical riders. Pengeluaran ini berkuatkuasa kepada pelan sedia ada dan yang baru didaftarkan.

Saturday, 20 May 2017

Cheap VS Secured

Mahalnya Medical Card Individu.??
saya nak yang pakej Family..
Pakej family yang murah ada tak.?
Dua soalan yang biasa dapat..

BACA NI:👇👇👇
1. Jika plan family; Sekiranya pemegang polisi (suami atau ayah) meninggal dunia, polisi akan terbatal secara automatik yang mana meninggalkan pewaris tiada apa2 perlindungan selepas itu.. 😨

2. Plan Family selepas usia anak-anak mencecah tempoh usia tertentu; Medical card kena buat baru pada harga semasa, dah tak boleh guna plan tu lagi.. Kalau sekarang RM100, agak-agak umur 15 tahun kedepan boleh lagi ke dapat dengan harga RM100 tu.? 😬

3. Tiada cash value atau saving; Jika kita gagal membuat bayaran sebulan dan tanpa cash value, polisi akan terus LAPSED (tak aktif).. Plan individu pula ada cash value dan jika gagal membuat bayaran, polisi masih lagi aktif sebab masih mempunyai cash value tersebut.. 😙

4. Dan paling bahaya bagi family plan ini; Sekiranya 5 tahun pertama kita telah didiagnosis penyakit kritial, bagi 5 tahun berikutnya penyakit sedia ada itu sudah tidak DILINDUNGI.! Itu antara hidden terms and condition yg kebanyakkan pelanggan tak tahu.. 😱

5. Plan family tidak seperti plan individu; Plan individu disertakan dengan pampasan nyawa (Khairat), pampasan 36 penyakit kritikal dan pampasan hilang upaya disebabkan kemalangan.. 😙

6. Plan family adalah plan stand alone; Akan berlaku kenaikan harga pada setiap anniversary ke-3 atau tahun ke- 5.. Bermula dengan murah, tetapi semakin lama semakin mahal sumbangan bulanannya.. Itulah marketing strategi yang ramai tidak mengetahui supaya ianya akan sentiasa kelihatan murah.. 🙈

Harga bagi pelan individu biasanya hampir sama dengan mana-mana insurer / pengendali takaful.. Yang penting, cari tahu kukuhkah insurer itu, dikenalikah insurer itu, servis cepat atau tidak insurer itu.. 😎

CHEAP vs SECURED..

Anda pilih.. Saya bantu.. 😊

P/s: Gambar hanya sekadar hiasan..haha pemandangan yang indah buat saya 😉

Pm/Dm

Md Zarul
AnNur The Great Agency
011 3290 2783
011 3290 2783