*TIPS*| CARA-CARA MENGGUNAKAN MEDICAL CARD
Saya ceritakan berdasarkan kes sebenar dan saya mahu kita semua ambil tahu serba sedikit bagaimana nak menggunakan medical card.
1⃣ *Kenalpasti Penyakit*
Ini perlu untuk orang yang baru membeli polisi dan terus nak gunakan medical card.Sebabnya setiap penyakit ada _Waiting Period_ tersendiri.Sekiranya kemalangan,anda boleh terus menggunakan medical card tanpa ada masalah.Untuk demam dan appendix,selepas sebulan anda dah boleh gunakan.Penyakit-penyakit yang lain perlu tunggu selepas 4 bulan tempoh menunggu.Oleh itu,kenalpasti terlebih dahulu,jangan main masuk je hospital swasta,takut-takutnya tak dapat nak gunakan Medical Card.
2⃣ *Pergi terus ke Emergency*
Apa jua jenis penyakit,doktor yang berada di emergency akan check dan diagnose penyakit anda sebelum dibenarkan untuk admit.Ada sesetengah orang salah faham,sakit sahaja boleh admit.Bukan semua penyakit confirm dapat admit,atas report dan diagnose doktor yang merawat.Sedikit tips saya berikan,tapi jangan bagitahu orang lain yang malas membaca,walaupun anda sudah ada penyakit itu sebelum ini,sewaktu di emergency amat perlu untuk anda katakan yang anda baru sahaja sakit.Ini ialah untuk memudahkan kerja Guarantee Letter (GL).Kalau rasa tak nak guna tips ni pun tiada salahnya,saya cuma berkongsi pengalaman menguruskan clien.
3⃣ *Pastikan Medical Card ada bersama*
Sekiranya tiada dengan anda,jangan risau, hanya perlu berikan nombor kad pengenalan dan syarikat takaful anda kepada kaunter pendaftaran
Ramai yang konfius sama ada kena letak deposit atau tidak.Mengikut pengalaman saya,ada medical card sekalipun,deposit tetap perlu dan average deposit ialah RM 300 - RM 500.Prepare siap-siap ya.Proses untuk ketahui status GL ialah 1 jam 45 minit(ini kalau call customer service syarikat insurans,tetapi alhamdulillah,untuk Great Eastern Takaful,average time ialah dalam 15 hingga 40 minit sahaja,dan dikira antara yang terpantas). Deposit yang anda letak itu akan dapat balik sekiranya Medical Card anda tanpa ko-takaful
4⃣ *Report*
Pihak hospital perlu menghantar report yang lengkap kepada syarikat insurans.Syarikat insurans akan menganalisa kes dan memberi maklum balas berkenaan dengan statu GL.Dalam proses ini yang memerlukan agent untuk mempercepatkan GL approval.Anda kena call pihak insurans untuk pastikan mereka dah terima report dari doktor.Sekiranya semua complete,tunggu dan rehat.Kalau yang tak complete tu akan memperbanyakkan kerja anda atau agent anda. Selagi report tak lengkap, jangan sangka 15min - 40min untuk GL approve. Mungkin akan masa sikit sehingga report betul-betul lengkap. Kesemua report adalah atas tanggung jawab Dr dan pihak hospital. Agent cuma boleh bantu follow up untuk mempercepatkan urusan report sahaja
5⃣ *Discharge*
Sebelum Discharge keluar dari hospital, dapatkan :
* Discharge summary
* Original Final Bill
* MC
* All the report
Ini untuk memudahkan urusan permohonan Elaun Hospital dan sekiranya perlu buat apa-apa jenis claim
6⃣ *Bersyukur*
Buatlah sujud syukur kerana telah selamat daripada ujian penyakit dan ujian duit. Lebih banyak kita bersyukur,lagi banyak Allah s.w.t akan berikan nikmat pada kita.In shaa Allah
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua❤
Salam Jumaat 🕌
No comments:
Post a Comment