Esok, 5 Jun 2017 pelancaran produk baru Standalone Medical Card Great Eastern Takaful yang agak kompetitif bakal menguasai pasaran.
Sebagai pengguna, anda perlu tahu produk standalone tiada waiver of contribution sekiranya peserta diagnosed sakit kritikal atau hilang upaya kekal, sebab itu sumbangan bulanan jauh lebih rendah dari produk ILP yang medical card adalah rider.
Saya masih prefer untuk cadangkan client saya untuk ambil Medical Card dalam plan Investment Link (ILP), maksud investment di sini bukan pelaburan semata-mata yang boleh ambil duit anytime. Namun kalau terdesak nak pakai wang boleh saja nak keluarkan cash value, syaratnya tinggal dalam akaun RM1k sahaja.
Kelebihan pelaburan dalam link takaful adalah, kadar sumbangan yang sepatutnya meningkat setiap 4-5 tahun berikutan peningkatan umur dapat ditarik dari cash value, membolehkan peserta enjoy bayaran sumbangan yang sama sewaktu menyertai plan takaful ini.
Ada juga nilai tunai, tapi tak adalah banyak mana pun, sebab ini plan takaful untuk pelindungan, bukan simpanan macam ASB atau Tabung Haji. Mengambil contoh plan yang saya ambil tahun 2012 dengan sumbangan RM300 sebulan, nilai tunai terkini yang ada dalam RM7600++. Ok la dari tak ada langsung kan?
Pandangan saya, Yang utamanya, investment link takaful ini boleh dimasukkan rider 'waiver of contribution', kerana di saat kita tidak bekerja, waiver ini amat membantu- kita tidak lagi perlu bayar sumbangan takaful sampai bila-bila dengan manfaat waiver ini, namun tempat enjoy benefits medical card dan lain-lain dalam perlindungan takaful yang dsertai sehingga tamat tempoh.
Apa plan takaful Medical Card anda? Standalone atau attached to Investment Link Takaful? Ada waiver of contribution dimasukkan sekali tak sekiranya diagnosed sakit kritikal atau hilang upaya kekal?
Credit Ahmad Humaizi consultancy
No comments:
Post a Comment