Tuesday, 13 June 2017
Sunday, 11 June 2017
iGreat Medimax Medical Card standalone
Peluang TERBAIK..!!
Sesuai Kepada yg Mahukan Medical Card shj..
MURAH! Serendah RM59 Sebulan
✅Full Coverage (NO co-takaful)
✅Perlindungan sehingga umur 99tahun.
✅Had tahunan yang tinggi dari RM900k.
✅Had seumur hidup UNLIMITED.
✅Discount utk family registration.(5%)👨👩👧
✅Free PA.
✅Free Towing Service.🚗🚙
✅Free Supreme Asist Programme.
Sumbangan Boleh Bayar Bulan-bulan.
Dapatkan FREE Quotation Medical Card Terbaik Anda SEKARANG.
I am Takaful Advisor
Md Zarul
011.3290.2783
011.3290.2783
Berikan kepada Kami :
📌Nama :
📌Tarikh Lahir :
📌Pekerjaan :
📌Status Merokok :
Thursday, 8 June 2017
Produk Terbaru 2017..!!!
BUDGET MEDICAL CARD TAKAFUL TERBAIK‼️
BERMULA DARI RM59/BULAN.
Ciri-ciri BUDGET MEDICAL CARD ini:-
📌 PEACE OF MIND.
Med card Full Coverage.
Hilangkan kerisauan anda terhadap 10% ko takaful. Tiada bayaran bersama sebanyak 10% untuk perbelanjaan perubatan.
📌TIADA LAGI KERISAUAN HIDUP TERLALU LAMA.
Bil perbelanjaan perubatan anda ditanggung sehingga umur 99 tahun.
📌GUARANTEED RENEWAL
Jangan khuatir medical card anda tidak diperbaharui jika claim terlalu tunggi pada tahun yang terdahulu.
📌TIADA LAGI KERISAUAN LIMIT TAHUNAN YANG RENDAH.
Limit tahunan pilihan dari RM900,000 dan keatas.
📌JANGAN KHUATIR JIKA TERKENA PENYAKIT KRITIKAL YANG MENELAN KOS PERUBATAN YANG TINGGI.
Tiada limit untuk penggunaan bil perubatan seumur hidup anda. Guna selagi anda bernyawa.
📌TABUNG KECEMASAN
Tabung kecemasan kepada keluarga jika terlibat didalam kemalangan sehingga RM20,000.
📌BANTUAN KECEMASAN KEROSAKAN KERETA
Hilangkan kerisauan anda terhadap bantuan membaiki dan menunda kereta anda yang rosak ke bengkel yang anda pilih sendiri. FREE TOWING.
📌DAPATKAN PENDAPAT KE-2 DARI PAKAR.
Anda berhak untuk meminta pandangan & pendapat dari lain2 pakar.
📌MEDICAL CARD MERENTAS SEMPADAN.
Kebebasan keluar negara. Dapatkan bantuan semasa anda diluar negara dengan bantuan SUPREME ASSIST. Travel assist & international medical assistant sedia membantu anda tanpa mengira dimana anda berada.
📌SEBAHAGIAN CARUMAN KELUARGA DAN PERKERJA ANDA DITANGGUNG OLEH GETB.
Anda akan dihargai dan dikenang sebagai ketua dan ahli keluarga yang hebat kerana mengambil tanggungjawab besar menanggung bil perbelanjaan perubatan keluarga, ibubapa, adik beradik & pekerja anda.
Oleh itu GETB amat menghargai insan istimewa disekeliling anda, dapatkan harga diskaun yang lebih besar dari GETB untuk mereka yang tersayang & juga untuk pekerja yang merupakan kunci kejayaan anda hari ini.
👆antara idea yg ditulis org bdk GET..jgn copy masuk kat fb ye..kang kena kecam..mgkin boleh blast wasap
Saturday, 3 June 2017
Standalone Medical Card Great Eastern Takaful
Esok, 5 Jun 2017 pelancaran produk baru Standalone Medical Card Great Eastern Takaful yang agak kompetitif bakal menguasai pasaran.
Sebagai pengguna, anda perlu tahu produk standalone tiada waiver of contribution sekiranya peserta diagnosed sakit kritikal atau hilang upaya kekal, sebab itu sumbangan bulanan jauh lebih rendah dari produk ILP yang medical card adalah rider.
Saya masih prefer untuk cadangkan client saya untuk ambil Medical Card dalam plan Investment Link (ILP), maksud investment di sini bukan pelaburan semata-mata yang boleh ambil duit anytime. Namun kalau terdesak nak pakai wang boleh saja nak keluarkan cash value, syaratnya tinggal dalam akaun RM1k sahaja.
Kelebihan pelaburan dalam link takaful adalah, kadar sumbangan yang sepatutnya meningkat setiap 4-5 tahun berikutan peningkatan umur dapat ditarik dari cash value, membolehkan peserta enjoy bayaran sumbangan yang sama sewaktu menyertai plan takaful ini.
Ada juga nilai tunai, tapi tak adalah banyak mana pun, sebab ini plan takaful untuk pelindungan, bukan simpanan macam ASB atau Tabung Haji. Mengambil contoh plan yang saya ambil tahun 2012 dengan sumbangan RM300 sebulan, nilai tunai terkini yang ada dalam RM7600++. Ok la dari tak ada langsung kan?
Pandangan saya, Yang utamanya, investment link takaful ini boleh dimasukkan rider 'waiver of contribution', kerana di saat kita tidak bekerja, waiver ini amat membantu- kita tidak lagi perlu bayar sumbangan takaful sampai bila-bila dengan manfaat waiver ini, namun tempat enjoy benefits medical card dan lain-lain dalam perlindungan takaful yang dsertai sehingga tamat tempoh.
Apa plan takaful Medical Card anda? Standalone atau attached to Investment Link Takaful? Ada waiver of contribution dimasukkan sekali tak sekiranya diagnosed sakit kritikal atau hilang upaya kekal?
Credit Ahmad Humaizi consultancy
Monday, 22 May 2017
Mencari Medical Card Terbaik?
Fahamkan 5 Perkara Ini
Cover ke tak cover? Boleh claim tak?
Bagi yang berkemampuan, mungkin Medical Card ini sudahpun di‘cover’ oleh Pelan Takaful anda. Tapi, ada sesetengah orang belum ada Medical Card sendiri sebab belum ada keperluan. Mungkin ianya ditanggung oleh majikan. Atau anda selama ini memang lebih suka pergi ke Hospital Kerajaan kerana anda dapat keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan. Tapi bila melibatkan anak-anak, barulah berasa perlu untuk ada Medical Card ini.
Jadi, Medical Card yang mana terbaik di pasaran?
Medical Card yang patuh syariah seperti PruBSN Takaful, AIA Public Takaful, Great Eastern Takaful, AmmetLife Takaful, Zurich Takaful dan banyak lagi.
Kalau ditanya pada ejen takaful, sah-sah akan kata syarikat takaful dia yang terbaik. Melainkan ejen tersebut betul-betul jujur dan prihatin terhadap keperluan anda. Oleh itu, penting untuk kita sendiri mengenalpasti faktor yang perlu dipertimbangkan selain harganya.
5 Perkara Kena Faham Supaya Tak ‘Tertipu’ Dengan Medical Card
1. Jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?
Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage).
Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.
Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang suka sebut angka yang besar-besar.
“Bro, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”
Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM100,000 dan kalau kita jatuh sakit, bila habis saja had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM400,000.
2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?
Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.
Co-Payment pula ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.
Teliti terma dan syarat dalam Medical Card sama ada ianya menawarkan pelan yang ada co-payment. Walaupun harganya nampak murah, tapi ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.
Jadi, kalau masa kecemasan tak bawa cash, susahlah. Tapi, kalau anda rasa lebih jimat begitu, terpulang.
3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?
Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.
Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.
Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.
4. Harga Hospital / Wad
Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.
Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?
5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap
Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.
Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata lain, tak salah untuk mereka ‘lepaskan diri’!
Tiada Istilah Medical Card Terbaik
Maaf, tiada istilah Medical Card terbaik, tetapi yang ada adalah “paling sesuai”.
Jadi kalau sudah ada Medical Card, buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover.
Jangan asyik bertangguh, sebab Medical Card biasanya akan kecualikan coverage untuk sakit yang dah ada dalam rekod kita selama 5 tahun kebelakangan – tak kiralah rekod pada hospital kerajaan, hospital swasta, atau klinik.
Jadi sebaiknya Medical Card ini diambil semasa umur muda sebab bayaran premium bulanannya murah. Harganya tak akan berubah walaupun harga semasanya dah naik banyak kali bila umur kita semakin meningkat. Maksudnya, lagi awal kita mula, lagi murah kita bayar. Barulah jimat!
Benda Tengah Viral..!!
Ko-Takaful dan Full Coverage
- Kedua-dua pelan ini boleh didapati di GETB.
- Yang terbaik ialah yang sesuai dengan bajet anda. Kalau bajet sebulan RM150 tetapi nak pelan full coverage R&B300 tak dapatla.
Medical Card Guaranteed Renewal
- Confirm auto renewal di GETB sebab memang dah ada experience untuk kes barah otak.
- Pastikan pelan medical card anda ada waiver. Pembantu ketika anda tidak mampu bekerja.
Had Tahunan dan Seumur Hidup
- Had Tahunan banyak pilihan di GETB. Selalu saya bagi RM1.32 Juta dan UNLIMITED Seumur Hidup.
Had Harga Bilik
- Bilik di Lembah Kelang kalau RM200 sehari tu dah gayat sebenarnya. Tetapi setakat yang Rizkee handle kes, had sebegini masih boleh duduk dengan selesa. 1 bilik 2 orang pesakit.
- Had bilik naik 10% setiap 3 tahun walaupun ada sejarah tuntutan.
Portfolio Withdrawal Condition
- Pada 1 Dec 2016, GETB telah mengeluarkannya dari pelan 'investment link' medical riders. Pengeluaran ini berkuatkuasa kepada pelan sedia ada dan yang baru didaftarkan.
Saturday, 20 May 2017
Cheap VS Secured
Mahalnya Medical Card Individu.??
saya nak yang pakej Family..
Pakej family yang murah ada tak.?
Dua soalan yang biasa dapat..
BACA NI:👇👇👇
1. Jika plan family; Sekiranya pemegang polisi (suami atau ayah) meninggal dunia, polisi akan terbatal secara automatik yang mana meninggalkan pewaris tiada apa2 perlindungan selepas itu.. 😨
2. Plan Family selepas usia anak-anak mencecah tempoh usia tertentu; Medical card kena buat baru pada harga semasa, dah tak boleh guna plan tu lagi.. Kalau sekarang RM100, agak-agak umur 15 tahun kedepan boleh lagi ke dapat dengan harga RM100 tu.? 😬
3. Tiada cash value atau saving; Jika kita gagal membuat bayaran sebulan dan tanpa cash value, polisi akan terus LAPSED (tak aktif).. Plan individu pula ada cash value dan jika gagal membuat bayaran, polisi masih lagi aktif sebab masih mempunyai cash value tersebut.. 😙
4. Dan paling bahaya bagi family plan ini; Sekiranya 5 tahun pertama kita telah didiagnosis penyakit kritial, bagi 5 tahun berikutnya penyakit sedia ada itu sudah tidak DILINDUNGI.! Itu antara hidden terms and condition yg kebanyakkan pelanggan tak tahu.. 😱
5. Plan family tidak seperti plan individu; Plan individu disertakan dengan pampasan nyawa (Khairat), pampasan 36 penyakit kritikal dan pampasan hilang upaya disebabkan kemalangan.. 😙
6. Plan family adalah plan stand alone; Akan berlaku kenaikan harga pada setiap anniversary ke-3 atau tahun ke- 5.. Bermula dengan murah, tetapi semakin lama semakin mahal sumbangan bulanannya.. Itulah marketing strategi yang ramai tidak mengetahui supaya ianya akan sentiasa kelihatan murah.. 🙈
Harga bagi pelan individu biasanya hampir sama dengan mana-mana insurer / pengendali takaful.. Yang penting, cari tahu kukuhkah insurer itu, dikenalikah insurer itu, servis cepat atau tidak insurer itu.. 😎
CHEAP vs SECURED..
Anda pilih.. Saya bantu.. 😊
P/s: Gambar hanya sekadar hiasan..haha pemandangan yang indah buat saya 😉
Pm/Dm
Md Zarul
AnNur The Great Agency
011 3290 2783
011 3290 2783
Thursday, 20 April 2017
Tips
*TIPS*| CARA-CARA MENGGUNAKAN MEDICAL CARD
Saya ceritakan berdasarkan kes sebenar dan saya mahu kita semua ambil tahu serba sedikit bagaimana nak menggunakan medical card.
1⃣ *Kenalpasti Penyakit*
Ini perlu untuk orang yang baru membeli polisi dan terus nak gunakan medical card.Sebabnya setiap penyakit ada _Waiting Period_ tersendiri.Sekiranya kemalangan,anda boleh terus menggunakan medical card tanpa ada masalah.Untuk demam dan appendix,selepas sebulan anda dah boleh gunakan.Penyakit-penyakit yang lain perlu tunggu selepas 4 bulan tempoh menunggu.Oleh itu,kenalpasti terlebih dahulu,jangan main masuk je hospital swasta,takut-takutnya tak dapat nak gunakan Medical Card.
2⃣ *Pergi terus ke Emergency*
Apa jua jenis penyakit,doktor yang berada di emergency akan check dan diagnose penyakit anda sebelum dibenarkan untuk admit.Ada sesetengah orang salah faham,sakit sahaja boleh admit.Bukan semua penyakit confirm dapat admit,atas report dan diagnose doktor yang merawat.Sedikit tips saya berikan,tapi jangan bagitahu orang lain yang malas membaca,walaupun anda sudah ada penyakit itu sebelum ini,sewaktu di emergency amat perlu untuk anda katakan yang anda baru sahaja sakit.Ini ialah untuk memudahkan kerja Guarantee Letter (GL).Kalau rasa tak nak guna tips ni pun tiada salahnya,saya cuma berkongsi pengalaman menguruskan clien.
3⃣ *Pastikan Medical Card ada bersama*
Sekiranya tiada dengan anda,jangan risau, hanya perlu berikan nombor kad pengenalan dan syarikat takaful anda kepada kaunter pendaftaran
Ramai yang konfius sama ada kena letak deposit atau tidak.Mengikut pengalaman saya,ada medical card sekalipun,deposit tetap perlu dan average deposit ialah RM 300 - RM 500.Prepare siap-siap ya.Proses untuk ketahui status GL ialah 1 jam 45 minit(ini kalau call customer service syarikat insurans,tetapi alhamdulillah,untuk Great Eastern Takaful,average time ialah dalam 15 hingga 40 minit sahaja,dan dikira antara yang terpantas). Deposit yang anda letak itu akan dapat balik sekiranya Medical Card anda tanpa ko-takaful
4⃣ *Report*
Pihak hospital perlu menghantar report yang lengkap kepada syarikat insurans.Syarikat insurans akan menganalisa kes dan memberi maklum balas berkenaan dengan statu GL.Dalam proses ini yang memerlukan agent untuk mempercepatkan GL approval.Anda kena call pihak insurans untuk pastikan mereka dah terima report dari doktor.Sekiranya semua complete,tunggu dan rehat.Kalau yang tak complete tu akan memperbanyakkan kerja anda atau agent anda. Selagi report tak lengkap, jangan sangka 15min - 40min untuk GL approve. Mungkin akan masa sikit sehingga report betul-betul lengkap. Kesemua report adalah atas tanggung jawab Dr dan pihak hospital. Agent cuma boleh bantu follow up untuk mempercepatkan urusan report sahaja
5⃣ *Discharge*
Sebelum Discharge keluar dari hospital, dapatkan :
* Discharge summary
* Original Final Bill
* MC
* All the report
Ini untuk memudahkan urusan permohonan Elaun Hospital dan sekiranya perlu buat apa-apa jenis claim
6⃣ *Bersyukur*
Buatlah sujud syukur kerana telah selamat daripada ujian penyakit dan ujian duit. Lebih banyak kita bersyukur,lagi banyak Allah s.w.t akan berikan nikmat pada kita.In shaa Allah
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua❤
Salam Jumaat 🕌
Sunday, 12 March 2017
Persepsi VS Realiti
Kita selalu memikirkan persepsi dr memikirkan realiti kehidupan yg sebenar terjadi skrg ini...ya betul..!!! Kita tidak boleh meramal masa depan...!!!..akan tetapi sedikit sebanyak telah byk yg berlaku di atas kehidupan kita sekarang ini...
Fikir-fikirkanlah wahai sahabat2 & rakan2 sekelian...
PENGUMUMAN 📢📢📣📣
12 Mac 2017
📢📢📢
Pengumuman buat clients saya yang dikasihi sekalian.
Dimaklumkan kpd semua pemegang sijil Takaful "iGreat Damai". Plan ini bakal di tutup untuk pendaftaran baru dan akan diganti dengan plan yang baru versi kedua (iGreat Damai 2) pada 1 April 2017.
Ini rentetan daripada peningkatan terhadap kos rawatan dan cas tabarru. Bagi menjaga kebajikan pemegang polisi sediaada, plan anda masih berjalan dan berfungsi seperti biasa. Cuma seandainya ingin melakukan sebarang PERUBAHAN @ penambahbaikan eloklah dibuat sekarang. Kerana anda hanya ada 15 hari dari sekarang kerana selepas ini plan lama tidak boleh lagi di upgrade.
Dan jika ada cadangan untuk ambil atau tambah untuk ahli keluarga anda, eloklah dibuat segera kerana plan versi baru(iGreat Damai 2) cas setiap manfaat akan di naikkan maka ia akan lebih mahal.
sebarang pertanyaan lanjut boleh Pm
Md Zarul
Takaful Advisor
Great Eastern Takaful
☎011 - 3290 2783
📞011 - 3290 2783
📱011 - 3290 2783
Thursday, 12 January 2017
5 Perkara and aperlu tahu tentang insurans nyawa
Assalamualaikum...
Ambil masa sebentar utk baca info berguna ini..
Md Zarul
011 3290 2783
011 3290 2783
ge.takafulcard@gmail.com
Thursday, 5 January 2017
iBanding
Asalamualaikum,😎
Yg nk tau lanjut tentang the great Takaful nih, bleh contact 011 3290 2783 ☎ kita lepak minum2...atau click di iBanding 👈 nih...yg nk tau melalui skype pon bleh....kita video call 💻 je kalo malas nk keluar...
Apa2 pun saya minta sedikit info & whatsapp utk saya buatkan quotation 📑 sebelum saya dpt menerangkan dgn lebih detail kpd anda....adalah seperti berikut:-
1)Nama
2)Tarikh Lahir
3)Pekerjaan
Kalo tknk whatsapp bleh email ke ge.takafulcard@gmail.com 📧
Terima kasih kerana support saya..😍😚✌
https://www.ibanding.com/directory/mohd-zahrul-affendi-bin-mohd-tarmizi/
Wednesday, 4 January 2017
THE POWER of RM 100 !!
🌟Copy Paste & credit to Jamaludin Sabran🌟
The power of RM100 ini adalah menifestasi kekuasaan RM100 yg jarang diterokai oleh orang kebanyakan.
Fikirkan bersama...
" RM100 kalau dicampak ke dalam longkang setiap bulan, tidak akan menjadikan anda seorang yang miskin papa kedana.
Begitu juga RM100 kalau disimpan dimana mana institusi kewangan, tidak akan menjadikan anda jutawan berharta.
Namun RM100 ni kalau disumbangkan ke dalam Takaful akan memberi rasa lega kepada diri anda dan keluarga tercinta.
Yakni dengan sumbangan RM100 setiap bulan, tanggungan keluarga secara langsung akan terlindung serta terjamin dengan sejumlah pampasan bernilai RM200,000 "
# Menukar RM100 kpd RM105 itu simpanan bank.
# Menukar RM100 kpd RM110 itu ASB.
# Menukar RM100 kpd RM120 itu Unit trust.
# Menukar RM100 kpd RM200 itu berniaga.
Namun,
MENUKAR RM100 KPD RM200,000 ITU HANYA BOLEH JADI DENGAN TAKAFUL.
Itu lah THE POWER of RM100 yang sukar dibandingkan dengan mana-mana instrument kewangan yang wujud dalam sistem kewangan sejagat...
In shaa Allah , semoga beroleh manfaat...
Abam Takaful Berkongsi Apa Ada Di Takaful
Md Zarul
011 3290 2783
011 3290 2783
Great Eastern Takaful
Email : ge.takafulcard@gmail.com
*credit to UM Nurul Markzzaki
*credit to Jamaludin Sabran